Wednesday, July 14, 2010

SAMPAI KE SYURGA

            

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku.. masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu.. oh
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu
Hanya kamu..
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu.. harapanku
Hilang dalam terang yang membutakan ku..
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu..
Dirimu..
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna….
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu…..
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu..
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu..
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu
Hanya kamu

Monday, July 12, 2010

TRAGEDI BILIK MASAKAN

Sesuatu terjadi hari ini.....perkara kecil yang mahu diperbesarkan....Luka lagi hati ini.......Aku mengharapkan suatu keajaiban akan berlaku dalam kehidupanku......

Thursday, June 17, 2010

AKU ...........

2 tahun aku berada di tempat baru.  Tempat kerja baru....Sejak mula menjejak kaki ke sini,aku cuba menjadi diri sendiri dalam apa jua keadaan walau ada ketikanya langkah kaki menjadi bualan kosong di kalangan teman-teman baru.  Pada awalnya, aku tersepit dengan keadaan di tempat baru, dikatakan sombong jika berdiam diri....jika pot pet....dikatakan mesra alam.......

Di tempat baru ini aku belajar sesuatu...ada di kalangan teman yang mesra menghulur salam, ada yang sekadar bertukar senyuman.  Aku cuba mencipta persahabatan, mulakan segalanya dengan senyuman...kalau berbalas,itu tanda positif....andai tidak........usah prajudis...mungkin mereka juga seperti aku, bimbang tersalah langkah ..........mahukan yang terbaik untuk semua perkara.

 

Monday, June 14, 2010

AKU DAN SAHABAT LAMA

nurul.....



just be ourselvesssss

aku ni lagi teruk
aku tak blh buang
inferiority complex
itu kelemahan aku


yg penting niat kita nurul
insyaallah ada hikmah di sebalik
pertemuan maya ini



aku pun ada terluka masa2 belajar dulu
aku add je sbg kwn
tapi nak bercerita lebih2............nope
tu pun ada le sorang dua yang nak korek
rahsia hidup aku...hahhhhaaaaaaa
poyo jek kan?

semua mahukan kehidupan sesempurna mungkin
aku tak terkecuali
aku redha dengan apa yg allah bagi pada aku
aku sentiasa memohon allah beri yang lebih baik pada aku....

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)

Thursday, June 10, 2010

TANPA TAJUK

Salam....

Peminat-peminat vantage.....cuci mata dulu,yang betul-betul serius dan komited sahaja.....pls email me:

wsj1193@gmail.com


thanks














Sunday, April 25, 2010

Terlalu kepenatan

salam semua

kepenatan yang amat sangat...

Thursday, April 22, 2010

Ingat kisah semalam?Kisah kehilangan?aku ke sekolah seperti biasa.Jujurnya,kepala agak berserabut,tak cukup tidur...penat mencari barang yang hilang.Kerana aku masih beranggapan aku tersilap letak,cuai dan lalai.

Sepanjang perjalanan,aku tak putus berdoa...semoga Allah swt permudahkan urusan aku.Kalau benar mereka ambil,aku tak mahu mereka makan benda yang haram...itu saja.
Aku terpandang budak-budak yang muncul dalam mimpi aku dan terdengar mereka sebut nama aku.Aku buat macam biasa,seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

16.00 seorang rakan sekolah,guru lelaki memulakan penyiasatan.Aku tidak dibenarkan turut serta,dan beliau hanya meminta aku memberikan gambaran kisah semalam.

16.30 rakan aku memaklumkan...mereka bukan suspek..tidak banyak maklumat yang diperolehi.Aku redha,dan kataku...saya yang lalai,mungkin salah letak.

17.50 rakan aku meminta aku berjumpa dengannya.Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk,lutut aku menggigil,dada aku rasa bagai nak pecah,luluh hati aku.Sangkaan aku,mimpi aku.....kata hati aku segalanya benar belaka.Aku terkedu.....rasa macam nak nangis,tapi tak boleh.Kepercayaan aku lenyap....

Semua ini merupakan pengalaman dan pengajaran buat aku dan mereka.Demi menjaga maruah,perkara ini aku dan rakan bersetuju untuk merahsiakannya daripada pengetahuan semua pihak.Kerana yang paling penting maruah dan mahu memberi mereka ruang dan peluang untuk memperbaiki kesilapan diri.Sekiranya mereka melakukan apa-apa kesalahan di masa akan datang,segalanya akan terbongkar.

Buat mereka....anak-anak...jadikan ini pengajaran yang paling berguna untuk memperbaiki diri dan memulakan sesuatu yang baru dalam hidup.Semoga Allah swt sentiasa memberi hidayah dan melindungi mereka.FORGIVE BUT NOT FORGOTTEN..........aku perlukan masa untuk ubati luka ini...

Untuk diri aku sendiri,jadikan insiden ini satu pengajaran....BUKAN SEMUA MANUSIA JUJUR MEMPAMERKAN HATI MEREKA.Berhati-hati selalu...dan perlu prajudis.Yang paling penting,AKU ADA MELAKUKAN KESILAPAN PADA ALLAH....dan Allah turunkan semua ini supaya aku tidak mengulanginya lagi.

Hati mesti suci,jujur...ADA HIKMAH DISEBALIK SEMUA INI..........

TERIMA KASIH ALLAH...swt...Aku redha dengan apa yang kau berikan pada aku.Aku mohon sesuatu yang lebih baik daripada apa yang pernah kau berikan.......

Wednesday, April 21, 2010

KEHILANGAN

Aku rasa tak sedap hati..tapi aku diam.Semasa dalam kelas lagi aku dah terasa macam kehilangan sesuatu dari handbag aku.Lebih kurang pukul 11.00 malam,ada keinginan mendesak untuk aku melihat isi kandungan handbag aku...Dan ternyata kata hati aku benar.Terus terbayang wajah seorang murid yang berada di meja aku...Kesibukan aku melihat murid lain melakukan praktikal..mungkin memberi ruang dan peluang untuknya.
Semalaman aku lakukan apa yang patut.

Ya Allah.....andai benar wang itu rezeki dan hak aku,kembalikan pada aku...
Andai tidak,aku redha.....

Saturday, April 17, 2010

Ilmu ....untuk dunia blogger

Malam ini aku dapat satu lagi ilmu...yang dikongsi bersama seorang forumer/blogger..azz.terima kasih yang tidak terhingga atas perkongsian ilmu....

Bagi sesetengah orang mungkin tidak memberi sebarang makna,tapi bagi aku..apabila ada
insan lain yang sudi berkongsi sebarang ilmu...sungguh besar ertinya untuk aku.

Cuma.....jangan dikhianati ketulusan itu...sakit sebenarnya apabila diri dikhianati dan bagi aku...mengkhinati orang lain juga merupakan satu dosa besar.Ya...kalau kita membunuh orang,kita akan nampak jasadnya kaku.

Tetapi apabila kita mengkhianati orang...jiwanya mati...dan tika dan saat ini aku sedang berada dalam situasi itu....Sakit....

Apabila diri kita dikhianati.....

Belajar....dan belajar.....

Alhamdulilah..dah boleh buat header sendiri.Sebelum ni belajar dengan Cikgu Ayu melalui ym...xie xie

Friday, February 26, 2010

Salam Perkenalan.......Salam Kasih Setulus Hati...

Saya baru berjinak-jinak dengan dunia blog.
Semoga banyak ilmu yang bermanfaat yang boleh
dikongsi bersama

Salam Kasih Setulus Hati

Ingin berkongsi luahan rasa......suka duka kehidupan yang dilalui