Sunday, April 25, 2010

Terlalu kepenatan

salam semua

kepenatan yang amat sangat...

Thursday, April 22, 2010

Ingat kisah semalam?Kisah kehilangan?aku ke sekolah seperti biasa.Jujurnya,kepala agak berserabut,tak cukup tidur...penat mencari barang yang hilang.Kerana aku masih beranggapan aku tersilap letak,cuai dan lalai.

Sepanjang perjalanan,aku tak putus berdoa...semoga Allah swt permudahkan urusan aku.Kalau benar mereka ambil,aku tak mahu mereka makan benda yang haram...itu saja.
Aku terpandang budak-budak yang muncul dalam mimpi aku dan terdengar mereka sebut nama aku.Aku buat macam biasa,seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

16.00 seorang rakan sekolah,guru lelaki memulakan penyiasatan.Aku tidak dibenarkan turut serta,dan beliau hanya meminta aku memberikan gambaran kisah semalam.

16.30 rakan aku memaklumkan...mereka bukan suspek..tidak banyak maklumat yang diperolehi.Aku redha,dan kataku...saya yang lalai,mungkin salah letak.

17.50 rakan aku meminta aku berjumpa dengannya.Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk,lutut aku menggigil,dada aku rasa bagai nak pecah,luluh hati aku.Sangkaan aku,mimpi aku.....kata hati aku segalanya benar belaka.Aku terkedu.....rasa macam nak nangis,tapi tak boleh.Kepercayaan aku lenyap....

Semua ini merupakan pengalaman dan pengajaran buat aku dan mereka.Demi menjaga maruah,perkara ini aku dan rakan bersetuju untuk merahsiakannya daripada pengetahuan semua pihak.Kerana yang paling penting maruah dan mahu memberi mereka ruang dan peluang untuk memperbaiki kesilapan diri.Sekiranya mereka melakukan apa-apa kesalahan di masa akan datang,segalanya akan terbongkar.

Buat mereka....anak-anak...jadikan ini pengajaran yang paling berguna untuk memperbaiki diri dan memulakan sesuatu yang baru dalam hidup.Semoga Allah swt sentiasa memberi hidayah dan melindungi mereka.FORGIVE BUT NOT FORGOTTEN..........aku perlukan masa untuk ubati luka ini...

Untuk diri aku sendiri,jadikan insiden ini satu pengajaran....BUKAN SEMUA MANUSIA JUJUR MEMPAMERKAN HATI MEREKA.Berhati-hati selalu...dan perlu prajudis.Yang paling penting,AKU ADA MELAKUKAN KESILAPAN PADA ALLAH....dan Allah turunkan semua ini supaya aku tidak mengulanginya lagi.

Hati mesti suci,jujur...ADA HIKMAH DISEBALIK SEMUA INI..........

TERIMA KASIH ALLAH...swt...Aku redha dengan apa yang kau berikan pada aku.Aku mohon sesuatu yang lebih baik daripada apa yang pernah kau berikan.......

Wednesday, April 21, 2010

KEHILANGAN

Aku rasa tak sedap hati..tapi aku diam.Semasa dalam kelas lagi aku dah terasa macam kehilangan sesuatu dari handbag aku.Lebih kurang pukul 11.00 malam,ada keinginan mendesak untuk aku melihat isi kandungan handbag aku...Dan ternyata kata hati aku benar.Terus terbayang wajah seorang murid yang berada di meja aku...Kesibukan aku melihat murid lain melakukan praktikal..mungkin memberi ruang dan peluang untuknya.
Semalaman aku lakukan apa yang patut.

Ya Allah.....andai benar wang itu rezeki dan hak aku,kembalikan pada aku...
Andai tidak,aku redha.....

Saturday, April 17, 2010

Ilmu ....untuk dunia blogger

Malam ini aku dapat satu lagi ilmu...yang dikongsi bersama seorang forumer/blogger..azz.terima kasih yang tidak terhingga atas perkongsian ilmu....

Bagi sesetengah orang mungkin tidak memberi sebarang makna,tapi bagi aku..apabila ada
insan lain yang sudi berkongsi sebarang ilmu...sungguh besar ertinya untuk aku.

Cuma.....jangan dikhianati ketulusan itu...sakit sebenarnya apabila diri dikhianati dan bagi aku...mengkhinati orang lain juga merupakan satu dosa besar.Ya...kalau kita membunuh orang,kita akan nampak jasadnya kaku.

Tetapi apabila kita mengkhianati orang...jiwanya mati...dan tika dan saat ini aku sedang berada dalam situasi itu....Sakit....

Apabila diri kita dikhianati.....

Belajar....dan belajar.....

Alhamdulilah..dah boleh buat header sendiri.Sebelum ni belajar dengan Cikgu Ayu melalui ym...xie xie

Salam Kasih Setulus Hati

Ingin berkongsi luahan rasa......suka duka kehidupan yang dilalui